Berikut adalah Nur Jumaat Bil. 6/2012 yang ditulis oleh ustaz, diedarkan pada 29/6/2012 untuk bacaan para pelajar SMSJ sekalian.. Disebabkan keterbatasan ruang kertas dan masa merujuk kitab, ini sahaja yang dapat ustaz tuliskan... diharapkan memberi manfaat dan dikongsi bersama...
Dari Abu
Hurairah r.a Rasulullah S.A.W. bersabda :
كُتِبَ عَلَى ابْنِ
آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا
النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى
وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya : “Telah
ditetapkan atas anak Adam bahagiannya dari zina, ia pasti melakukannya, tidak boleh
tidak. Dua mata, zinanya adalah memandang, dua telinga, zinanya adalah
mendengar, lisan, zinanya adalah berbicara, tangan, zinanya adalah memegang,
dan kaki, zinanya adalah melangkah, sedangkan hati berkeinginan dan
bercita-cita, dan (semua ini) dibenarkan oleh kemaluan atau didustakkannya.” (Diriwayatkan
oleh Muslim dan kitabnya Shahih Muslim, Bab Takdir. Nombor Hadith 2657. Status
Hadith : Shahih)
Ulasan maksud
Hadith :
- Sebahagian manusia melakukan zina secara hakikat, yakni memasukkan zakar ke ke dalam faraj yang haram baginya. Sebahagian manusia melakukan zina secara majaz (perumpamaan, bukan hakikat). Yakni melakukan perkara-perkara yang boleh mendorongnya melakukan zina.
- Zina mata adalah memandang kepada aurat wanita bukan mahram dengan pandangan yang bernafsu syahwat. Menonton video-video lucah juga adalah termasuk zina mata kerana boleh mendorong seseorang itu melakukan zina hakikat.
- Zina telinga adalah dengan mendengar perkara-perkara yang boleh membawanya kepada zina. Juga mendengar cerita-cerita penzinaan orang tertentu, yang mendatangkan syahwat kepada pendengar, atau mendengar ajakan-ajakan wanita-wanita ke arah penzinaan.
- Zina lisan adalah dengan berkata perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Bercakap-cakap dengan wanita yang bukan mahramnya atau isterinya secara bermanja-manjaan atau bersunyi-sunyian adalah bahagian dari zina lisan.
- Zina tangan adalah memegang bahagian tubuh wanita yang bukan mahramnya atau isterinya. Sama ada memengang kulit atau berlapik, tetapi tujuan memegang adalah kerana nafsu, maka ia termasuk katagori ini.
- Zina kaki ialah melangkah menuju ke tempat zina hakikat, atau menuju ke tempat zina majaz (melihat, mendengar, berbicara dll). Menuju ke tempat untuk berdua-duaan (berkhalwat/dating) dengan wanita juga adalah bahagian dari zina ini.
- Zina hati ialah berkeinginan atau bercita-cita melakukan zina dengan seseorang. Atau hatinya berkhayal berzina dengan seseorang wanita yang bukan isterinya.
“ANDA
BIJAK JAUHI ZINA”
والله
أعلمُ بالصواب
Rujukan :
1. Abu Zakariya Yahya bin Syarf
An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim Bi Syarhi An-Nawawi.
No comments:
Post a Comment
Sila hantarkan maklumbalas anda...