Tasbih kifarah dibacakan setelah selesai sesuatu majlis, sama ada majlis ilmu, mesyuarat, kelas dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk memohon ampun kepada Allah sekiranya sepanjang majlis tersebut berlakunya cacat ataupun kekurangan yang boleh mendatangkan dosa. Bacaan doa ini adalah disyariatkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW sepertimana hadith berikut :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ
مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ
إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي
مَجْلِسِهِ ذَلِكَ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ
مِنْ هَذَا الْوَجْهِ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ سُهَيْلٍ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
Maksudnya : Dari Abu Hurairah, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang duduk dalam sebuah majlis dan banyak kekecohan (huru-hara) padanya
kemudian sebelum berdiri dia mengucapkan “SUBHAANAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA
ASYHADU ANLAA ILAAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA” (Maha Suci
Engkau wahai Allah, dan dengan memujiMu, aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
yang berhak di sembah melainkan Engkau, aku meminta ampun dan bertaubat
kepadaMu) melainkan diampuni dosanya selama di majlisnya itu."
Ulasan Abu Isa At-Tirmizi :
Hadits ini adalah hadits hasan shahih gharib dari sisi ini.
Kami tidak mengetahuinya dari hadits Suhail kecuali dari jalur ini.
Darjat Hadith :
Dinilai Shahih oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dan
Al-Hafiz Abu Thohir Zubair ‘Ali Za’i.
Sumber Hadith :
At-Tirmizi dalam Jami’ At-Tirmizi, Kitab Doa, Bab Apa yang
Perlu Diucapkan Ketika Keluar Dari Majlis, No. 3433.
Takhrij Hadith dari kitab lain :
- Sunan An-Nasa’i Bab Amalan Siang dan Malam, No. 397
- Shahih Ibnu Hibban No. 2366
- Mustadrak Al-Hakim 1/536
- Sunan Abu Daud No. 4859
Walaubagaimanapun, penulis hanya mendapati hanya setakat bacaan ini sahaja. Adapun penambahan bacaan Surah Al-Asr (Demi Masa), penulis belum menemukan dalilnya.
Wallhu a'lam...
Zainul Ariff Husaini bin Zainul Fuad
8.13 a.m
17 Julai 2012
Sekolah Menengah Sains Johor.
No comments:
Post a Comment
Sila hantarkan maklumbalas anda...