Berikut hukum mengenai inai yang telah ditakhrij (disemak dan diteliti sumber hadithnya) oleh ustaz untuk tatapan pelajar SMSJ khususnya, dan masyarakat umum amnya. Setiap Hadith telah ustaz kenalpasti nombornya dari kitab rujukan asal beserta nombornya dan ustaz nyatakan rujukan di bawahnya. Semoga beroleh manfaat.
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini
ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di
tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan
hadis Nabi ini :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَعَنَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ
Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [Shahih Muslim, Kitab Pakaian dan Perhiasan, Bab Keharaman Perbuatan Wanita Penyambung Rambut dan Wanita yang Meminta Disambung Rambut, Wanita Pembuat Tatu dan Wanita Pencabut Bulu Kening, dan Wanita yang Minta Dicabut Bulu Kening, dan Wanita yang Merenggangkan Giginya, dan Wanita yang Mengubah Ciptaan Allah, No.2125. Shahih Al-Bukhari Kitab Pakaian, Bab Bertatu No.5948]
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz:
"Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk
awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai
inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita sama ada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar, sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masyarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.
Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..
* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)
NEXT ----->>
Peringatan Untuk Semua Muslimah.
Rujukan :

- Al-Bukhari, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail, Shahih Al-Bukhari, Tahqiq Muhammad Fuad bin Abdul Baqi
- Muslim, Abu Husayn Muslim bin Al-Hajjaj, Shahih Muslim, Tahqiq Muhammad Fuad bin Abdul Baqi
No comments:
Post a Comment
Sila hantarkan maklumbalas anda...