Friday, July 13, 2012

Sahabat Seperjuangan SMKA TAHAP...

Assalamualaikum wbt...

Dalam entri ini ustaz nak becerita mengenai sahabat seperjuangan ustaz semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang atau ringkasnya SMKA TAHAP...


Dari kiri : Ustaz Ariff (tuan blog), Al-Fadhil Ustaz Asshik Abu Hanifah, Al-Fadhil Ustaz Saiful Affendy Awang Shah Budin, Al-Fadhil Ustaz Zakaria Yatimin, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zahid Zulkifli.

Lama benar tak berjumpa dengan Ustaz Asshik. Kali terakhir kalau tidak silap tahun 2007 di Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh Pahang. Semasa tu menghadiri Liqa Mantan Pelajar SMKA TAHAP.

Ketika ustaz masuk ke SMKA TAHAP pada tahun 1999, Ustaz Asshik ketika itu di tingkatan dua. kemudian selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajar ke Darul Quran JAKIM dalam bidang Diploma Tahfiz Al-Quran. Kemudian beliau menyambung pelajar di Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia dalam bidang Syariah. Beliau baru sahaja pulang setelah tamat pengajian pada bulan Mac yang lalu. 

Semasa ustaz di Madinah ketika menunaikan Umrah pada bulan Jun yang lalu, ustaz tiba-tiba teringat kepada Ustaz Asshik, kerana beliau dulu belajar di Universiti Islam Madinah. Beberapa minggu selepas pulang dari Makkah, ustaz menghubungi beliau untuk menjemput beliau datang menyampaikan kuliah maghrib di Surau Al-Ihsan Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.

Alhamdulillah Ustaz Asshik dapat memenuhi undangan tersebut. Jarak bukanlah penghalang untuk beliau hadir. Di samping dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar, dapat juga bertemu dengan sahabat lama ni. Mudah-mudahan pertemuan ini mendapat redha Allah dan naungan-Nya di Mahsyar kelak sepertimana sabda Nabi S.A.W :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ تَعَالَى فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَدْلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Ada tujuh (golongan orang beriman) yang akan mendapat naungan (perlindungan) dari Allah dibawah naunganNya (pada hari qiyamat) yang ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya. Iaitu; Pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan 'ibadah kepada Rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, "aku takut kepada Allah", seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, dan seorang laki-laki yang berdzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri sendirian hingga kedua matanya basah karena menangis".
(Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Shahihnya, No. 1423)

Maka pada tanggal 13 Julai 2012, Ustaz Asshik menjejakkan kaki beliau ke bumi SMSJ untuk kali pertama. Alhamdulillah respon para pelajar juga baik. Pelajar mendengar kuliah yang di sampaikan dengan baik.

InsyaAllah, jika ada ruang dan peluang di masa akan datang, ustaz akan menjemput lagi Ustaz Asshik menyampaikan kuliah di surau SMSJ. Di samping itu, ustaz  juga merancang untuk  menjemput beberapa lagi rakan untuk datang menyampaikan ilmu di sini. Semoga usaha dakwah di bumi SMSJ ini akan terus berkembang.. InsyaAllah...

Wallahu a'lam....

No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan maklumbalas anda...