Tuesday, February 28, 2012

TAZKIRAH MAGHRIB 28/2/2012 : RIBA

Pelajar Tingkatan Empat boleh merujuk buku teks Tingkatan Empat di bawah tajuk "Dosa-Dosa Besar Membawa Kemurkaan Allah" mukasurat 90. Walaubagaimanapun di dalam tazkirah ustaz ini, ada beberapa penambahan yang tidak dinyatakan dalam buku teks.

Pengertian Riba
a.       Bahasa : pertambahan atau peningkatan
b.      “Sebarang tambahan dalam item-item ribawi dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh.”
c.       Teks F4 : Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sama jenis termasuk juga mata wang.

Hukum : Haram & Berdosa Besar

Jenis Riba

a.       Riba An-Nasi’ah : pertambahan kerana menangguhkan bayaran. Penjual menaikan harga barang setelah pembeli gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan. 

b.      Riba Al-Fadhl : pertambahan melalui pertukaran barang (ribawi) yang sama jenis. penjual menjual sesuatu barangan ribawi yang sama jenis disusuli tambahan. Contoh : jual 10kg beras basmati dengan 15kb beras biasa.

Barangan Ribawi 
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, terdapat enam item yang diklasifikasikan sebagai barangan Ribawi, iaitu :
  1. Emas
  2. Perak
  3. Gandum
  4. Barli
  5. Kurma
  6. Garam
Walaubagaimanapun sebahagian ulama tidak menghadkan hanya enam item ini sahaja sebagai barangan ribawi, tetapi item-item yang menjadi makanan ruji bagi sesuatu negara itu juga dikira sebagai item ribawi bagi negara itu sahaja. Ulama Kontemporari Qiyyaskan
  1. a.       Emas/Perak = matawang 
  2. Lain-lain item = makanan ruji bagi sesebuah negara. Contoh di Malaysia Beras barangan ribawi.

Contoh Beberapa Isu berkaitan Riba Dalam Kehidupan Kita :
  1. Beri pinjam wang RM1000 dengan syarat pulang RM1100.Lebihan RM100 itu dikira riba. Tetapi jika pemberi pinjam tidak mensyaratkan tetapi peminjam beri lebih, maka ia dianggap hibah (hadiah). Hibah digalakkan dalam Islam, tetapi tidak boleh dinyatakan semasa akad pinjaman.
  2.  Beri hadiah wang berjumlah RM100, dengan syarat kemudian hari beri hadiah semula dengan berjumlah RM120. Juga satu bentuk riba, walaupun istilahnya “Hadiah” kerana asasnya berupa pinjaman “wang” beserta faedah. 
  3. Tukar Handset atas dasar suka sama suka. Bukan riba kerana handset bukan barangan ribawi.
  4.  Beri pinjam kereta dengan syarat apabila pulang nanti kena isi minyak tangki penuh. Juga merupakan riba, kerana pemberi pinjam mengambil lebihan manfaat daripada pinjamannya. 
  5. Pengantin lelaki & perempuan bersetuju hantaran 7 dulang RM10 ribu balas 9 dulang RM13 ribu. Berlaku Syubhah Riba. Kalau tidak pakat berkaitan harga, harus. 
  6. Jualan barang tunai dengan harga RM100, bayaran bertangguh RM120, tidak dikatagorikan sebagai riba kerana Jumhur ulama (4 mazhab) mengiktiraf “Time Value of Money” : Dalam muamalat namanya Konsep “Murabahah Wa Muajjal.
 

4 comments:

  1. assalam ustaz,.kalau terniat tapi belum lakukan ? kalau xpun,.jika niat hnye skadar mahu brgurau dgn rakan ? maklum la..sikap mnusia berbeza-beza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wa rahmatullah
      1. Kalau terniat sahaja tapi belum lakukan, tidak lah berdosa. tetapi apabila sedar yang perbuatan tersebut adalah riba, maka perlu segera meninggalkannya atau memperbaiki.
      2. Bergurau dalam soal perkara yang haram mesti dijauhi. Oleh kerana sikap manusia berbeza, mungkin kita niat hanya untuk bergurau, tetapi bagi orang lain mengganggap kita benar2 nak mengambil riba. Maka, elakkanlah perkara yang boleh memerangkap diri kita atau yang boleh menimbulkan fitnah.

      Delete
  2. ustaz,, adakah kite perlu mengikut sesuatu mazhab sepenuhnye??

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ustaz akan menjawab persoalan ini dalam 1 post yang lain.. diharapkan bersabar dan terus mengunjungi blog ustaz... terima kasih.

    ReplyDelete

Sila hantarkan maklumbalas anda...