Ustaz ditanya oleh beberapa orang pelajar berkenaan bolehkah solat Tahajjud atau berqiamullail selepas melakukan solat witir.
Solat sunnah witir ialah solat sunnah yang dikerjakan sebagai penutup kepada solat malam atau qiamullail, dilakukan dalam jumlah bilangan rakaat yang ganjil seperti 1, 3, 5, 7, 9 dan 11. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar mengakhiri solat malam kita dengan solat sunnah witir, sebagaimana hadis shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a Nabi SAW bersabda:
اِجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيلِ وِتْرًا
Maksudnya : Jadikanlah akhir solat malam kamu dengan solat witir. (Mutaffaqun 'alaih, Al-Bukhari No. 998, Muslim No. 1755)
Justeru difahami di sini bahawa solat yang terakhir untuk dikerjakan ialah solat witir, kemudian tidak ada lagi solat sunnah selepas witir.
Dalam bulan ramadhan ini para pelajar SMSJ solat sunnah tarawih berjemaah di surau dan diakhiri dengan solat sunnah witir 3 rakaat. Kemudian dalam masa yang sama mereka bercita-cita untuk bangun di tengah malam mengerjakan Tahajjud dan Qiamullail. Adakah mereka boleh berqiamullail sedangkan mereka telah melakukan solat sunnah Witir?
...
Justeru difahami di sini bahawa solat yang terakhir untuk dikerjakan ialah solat witir, kemudian tidak ada lagi solat sunnah selepas witir.
Dalam bulan ramadhan ini para pelajar SMSJ solat sunnah tarawih berjemaah di surau dan diakhiri dengan solat sunnah witir 3 rakaat. Kemudian dalam masa yang sama mereka bercita-cita untuk bangun di tengah malam mengerjakan Tahajjud dan Qiamullail. Adakah mereka boleh berqiamullail sedangkan mereka telah melakukan solat sunnah Witir?
...
Untuk mengupas persoalan ini, ustaz kemukakan pandangan-pandangan mazhab yang empat dalam persoalan solat sunnah witir agar kita dapat memahami perkara ini dengan jelas dan menambah maklumat serta pengetahuan ilmu agama.
Hukum Solat Sunnah Witir :
Solat sunnah witir adalah termasuk solat sunnah muakkad, yakni yang sangat dituntut dikerjakannya. Bahkan dalam mazhab Hanafiyyah menyatakan wajibnya solat sunnah witir, tetapi mereka yang meninggalkannya tidaklah dihukum kafir.
Manakala Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat sunnah witir dengan sengaja termasuk dalam kalangan orang yang fasik dan kesaksian mereka tidak diterima (tidak boleh menjadi saksi dalam perkara-perkara yang memerlukan saksi).
Pandangan Mazhab Syafiiyyah, Malikiyyah dan Hanafiyyah :
Tidak ada halangan untuk melakukan solat sunnah lain (Tahajjud & lain-lain) selepas mengerjakan solat sunnah witir. Bagi Mazhab Syafiiyyah, bagi orang yang tidak yakin dapat bangun di akhir malam, maka hendaklah dia mengerjakan solat sunnah witir sebelum tidur. Kemudian sekiranya dia terjaga di akhir malam dan ingin melakukan tahujud, maka teruskan keinginannya tersebut dan tidak perlu mengulangi witirnya. Kerana Nabi SAW menjelaskan tidak ada dua witir dalam satu malam seperti hadis berikut :
لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya : Tidak ada dua witir dalam satu malam. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud No.1439 dengan sanad yang shahih. Juga dikeluarkan oleh Tirmidzi No. 470*, Nasa'i No. 1680, Ibnu Khuzaimah No. 1101 & Ibnu Hibban No. 671)
Adapun bagi orang yang berkeyakinan dia dapat bangun di tengah malam, maka yang afdhalnya dia melewatkan solat sunnah witir, iaitu melakukannya di akhir malam. Dalam hadis yang shahih yang diriwayatkan oleh Jabir r.a Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : Barangsiapa yang khuatir tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah dia berwitir di awal malam (sebelum tidur). Dan barangsiapa yang yakin dia bangun di akhir malam, maka berwitirlah di akhir malam. Sesungguhnya solat di akhir malam itu disaksikan (oleh para malaikat), dan itulah yang lebih utama. (Muslim No. 1766, Tirmizi 455, Ibnu Majah 1187)
مَنْ خَافَ أَنْ لَا يَقُومَ مِنْ آخِرِ
اللَّيْلِ فَلْيُوْتِرْ أَوَّلَهُ, وَمَنْ طَمَعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوْتِرْ
آخِرَ اللَّيْلِ, فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ, وَذَلِكَ أَفْضَلُ.
Maksudnya : Barangsiapa yang khuatir tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah dia berwitir di awal malam (sebelum tidur). Dan barangsiapa yang yakin dia bangun di akhir malam, maka berwitirlah di akhir malam. Sesungguhnya solat di akhir malam itu disaksikan (oleh para malaikat), dan itulah yang lebih utama. (Muslim No. 1766, Tirmizi 455, Ibnu Majah 1187)
Pandangan Mazhab Hanabilah (Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal) :
Bagi mereka yang telah mengerjakan solat sunnah witir sebelum tidur, apabila dia terjaga di tengah malam dan ingin melakukan qiamullail, maka hendaklah dia melakukan solat sunnah witir satu rakaat terlebih dahulu untuk menggenapkan witirnya yang dilakukan sebelum tidur tadi. Kemudian di melakukan qiamulllail dan diakhirnya dia melakukan witir sekali lagi dalam bilangan yang ganjil. Mereka berpegang bahawa sunnahnya mengakhirkan solat sunnah malam dengan solat sunnah witir sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar di atas.
Ulama Hanabilah juga menyatakan jika seseorang melakukan solat bersama imam sehingga selesai solat witir, namun dia juga bercita-cita untuk melakukan witir lagi pada akhir malam, maka dia tidak perlu mengikuti salam imam. Dia perlu berdiri dan menambah satu rakaat lagi untuk menggenapkan solatnya bersama imam.
KESIMPULAN
Kita boleh memilih untuk berpegang kepada mana-mana pendapat, sama ada pendapat Mazhad Syafie dan lain-lain, atau Mazhab Hanbali yang sedikit berbeza dari mazhab lain. Apa yang penting kita melakukan ibadah atas dasar ilmu, bukan hanya ikut-ikutan.
Wallahu a'lam.
Rujukan :
KESIMPULAN
Kita boleh memilih untuk berpegang kepada mana-mana pendapat, sama ada pendapat Mazhad Syafie dan lain-lain, atau Mazhab Hanbali yang sedikit berbeza dari mazhab lain. Apa yang penting kita melakukan ibadah atas dasar ilmu, bukan hanya ikut-ikutan.
Wallahu a'lam.
Rujukan :
- Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu (Terjemahan), Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili, Penerbit Gema Insani Cetakan 2010.
- Fathul Bari Bisyarah Shahih Al-Bukhari, Tahqiq Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz dengan penomboran oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Abdul Baqi', Penerbit Dar As-Salam, Riyadh Cetakan 2000
- Shahih Muslim Bisyarh An-Nawawi, Tahqiq Mawaffaq Mar'iyy, Dar As-Salam, Riyadh Cetakan 2010.
- Sunan Abu Daud, Tahqiq Al-Hafidz Abu Thohir Zubair Ali Za'i, Penerbit Dar As-Salam Riyadh Cetakan 2009
- Jami' At-Tirmizi, Tahqiq Al-Hafidz Abu Thohir Zubair Ali Za'i, Penerbit Dar As-Salam Riyadh Cetakan 2009
- Sunan Ibnu Majah, Tahqiq Al-Hafidz Abu Thohir Zubair Ali Za'i, Penerbit Dar As-Salam Riyadh Cetakan 2009
- Shahih Ibnu Khuzaimah, Tahqiq Dr. Muhammad Musthofa Al-A'zhomi, Penerbit Maktabah Al-Islami Cetakan 2003
Kitab hadis di atas dirujuk untuk mengetahui nombor dan status hadis.
* Abu Isa At-Tirmidzi menyatakan hadis ini Hasan Gharib. Ahli Ilmu berselisih pendapat mengenai solat sunnah witir.
- Sebahagian Ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi SAW menyatakan orang yang telah melakukan witir di awal malam, kemudian terjaga di akhir malam untuk melakukan solat sunnah (qiamullail), maka dia perlu solat witir 1 rakaat, kemudian mendirikan qiamullailnya, dan menutupnya semula dengan witir. Ini pendapat Ishaq
- Sebahagian Ahli Ilmu juga dari kalangan Sahabat Nabi SAW dan lain-lain, seseorang yang telah solat witir sebelum tidur, kemudian bangun di akhir malam untuk qiamullail, maka tidak perlu mengulangi witirnya. Ini adalah pandangan Sufian Ats-Tsauri, Malik bin Anas, Ahmad, Ibnu Al-Mubarak, As-Syafie dan Ahli Kufah. Pandangan ini lebih Asah (Shahih) kerana terdapat riwayat yang menyatakan bahawa Nabi SAW pernah melakukan solat (qiamullail) selepas solat sunnah witir. (Jami' At-Tirmidzi muka surat 164)
Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad
Rumah Warden Asrama Putera
Sekolah Menengah Sains Johor.
8 Ogos 2012
3.55 p.m
No comments:
Post a Comment
Sila hantarkan maklumbalas anda...