Assalamualaikum wbt..
Dah lama ustaz tidak update blog ini.. inshaa Allah tahun ini akan cuba luangkan banyak masa untuk update info2 yang bermanfaat...
Ustaz ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar seluruh Malaysia, khususnya pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SCORE). Anda semua pulang ke asrama hari ini dan akan memulakan sesi persekolahan mulai hari esok. Semoga semuanya akan berjalan lancar pada tahun ini, dengan memperoleh kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan juga sahsiah, akhlak, disiplin.. Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.
Daripada :
Ustaz Zainul Ariff Husaini bin Zainul Fuad
Sekolah Menengah Sains Johor 2015
Ustaz Ariff @ SMS Johor
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".
Friday, January 9, 2015
Monday, October 29, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Lafazkan Cintamu...
Dari Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi SAW bersabda :
...
إِذَا أَحَبَّ
الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيَخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ
Maksudnya : “Apabila seseorang mengasihi saudaranya,
khabarkanlah kepadanya bahawasanya dia mengasihinya”.
Hadith Sahih : Diriwayatkan oleh Abu Dawud (5124),
At-Tirmizi (2392) dan Ibnu Hibban (570).
...
Huraian Ringkas Hadith :
...
Sunnah mengucapkan rasa sayang kepada rakan atau
sahabat, tetapi jarang sekali diamalkan. Alasannya malu, atau bimbang dikatakan
‘gay’ atau ‘lesbian’. Hakikatnya Nabi SAW menganjurkan kita menzahirkan rasa
kasih terhadap saudara/sahabat dengan menyatakan secara lisan.
...
Tetapi kita tidak malu mengucapkan ‘sayang’ kepada wanita
atau lelaki yang bukan hak kita untuk menyatakan demikian kepada mereka. Boleh
jadi hukumnya haram kerana membawa kepada kemaksiatan.
Wallahu a’lam…
Friday, September 14, 2012
Jangan Ketawa Apabila ..... .... ....
عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ دَخَلَ شَبَابٌ مِنْ قُرَيْشٍ عَلَى عَائِشَةَ
وَهِيَ بِمِنًى وَهُمْ يَضْحَكُونَ فَقَالَتْ مَا يُضْحِكُكُمْ قَالُوا فُلَانٌ خَرَّ
عَلَى طُنُبِ فُسْطَاطٍ فَكَادَتْ عُنُقُهُ أَوْ عَيْنُهُ أَنْ تَذْهَبَ فَقَالَتْ
لَا تَضْحَكُوا فَإِنِّي سَمِعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُشَاكُ
شَوْكَةً فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كُتِبَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَمُحِيَتْ عَنْهُ بِهَا
خَطِيئَةٌ
Dari Al-Aswad dia berkata; "Pada
suatu hari, seorang pemuda Quraisy berkunjung kepada Aisyah, isteri Rasulullah,
ketika beliau (Aisyah) sedang berada di Mina. Kebetulan saat itu para sahabat sedang ketawa, hingga Aisyah merasa hairan lalu bertanya; 'Mengapa kamu ketawa? ' Mereka menjawab; 'Si fulan jatuh menimpa tali kemah hingga lehernya
(atau matanya) hampir lepas(putus).' Aisyah berkata; 'Janganlah kamu ketawa terbahak-bahak! Kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 'Tidaklah seorang muslim tertusuk duri
atau yang Iebih kecil dari itu, melainkan akan ditulis baginya satu darjat dan
akan dihapuskan satu kesalahannya.'
HR. Muslim
Syeikh Muhammad Fuad bin Abdul Baqi : No. 46-(2572)
Muwaffaq Mar'iy : No. [6561]
Wednesday, August 29, 2012
Puasa Qadha, Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal & Matematik…
Bolehkah menggabungkan puasa qadha Ramadhan dengan
puasa sunat 6 hari bulan Syawal?
..
Kebanyakan masyarakat di Malaysia khususnya kaum
wanita keliru dengan masalah menggabungkan puasa qadha/ganti Ramadhan dan puasa
6 hari di bulan Syawal. Lebih merumitkan keadaan, apabila ada sebahagian ustaz
atau ustazah menyatakan bolehnya menggabungkan puasa qadha dan puasa sunat, dan
ada sebahagian pula tidak membolehkannya.
..
Penulis ada mendengar Ustaz Don Daniyal dalam
rancangan 60 minit Ustaz Don sempena Raya menyatakan tercapainya pahala
puasa 6 bagi wanita yang mengqadhakan puasa Ramadhan di dalam bulan Syawal.
Menurut beliau, pandangan ini disokong oleh Syeikh Daud Fathani dalam kitabnya
Furu’ Al-Masail.
(Sila rujuk kitab beliau). ..
Menurut satu sumber, Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz menyatakan tercapainya
pahala puasa 6 bagi wanita yang mengqadhakan puasa Ramadhan dalam bulan
Syawal. Sila baca : http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/08/puasa-sunat-syawal-1-tanyalah-ustaz.html
..
Manakala Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menganggap adalah lebih
baik tidak digabungkan. Sila baca : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/96-a-isu-gabung-puasa-qadha-a-sunat-b-cara-ganti-puasa-berganda-ganda.html
..
Begitu juga jawapan yang diberikan oleh Jabatan Mufti Negeri
Perlis, dan diperakui oleh Dr. Juanda Jaya, adalah lebih baik tidak
menggabungkannya. Sila baca : http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal
..
Bagi pandangan peribadi penulis, pendapat yang menyatakan adalah
lebih baik tidak menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat adalah lebih
kuat dan lebih utama untuk diamalkan daripada pendapat yang
membolehkan penggabungan tersebut.
..
KENAPA SAYA BERPENDAPAT DEMIKIAN?
..
Tidak menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat adalah lebih baik. Terdapat banyak hujah yang telah dikemukan oleh Dr. Zaharuddin
Abdul Rahman dan Jabatan Mufti Negeri Perlis (Sila baca). Dalam tulisan ini
penulis hanya ingin mengemukakan 1 hujah sahaja yang tidak dinyatakan oleh Dr.
Zaharuddin & Jabatan Mufti Negeri Perlis. Hujah penulis dari sudut matamatik
sahaja, dan ini bukanlah hujah konkrit, hanya sekadar pandangan penulis.
..
Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam kitabnya Tafsir Al-Quran Al-Azhim
(Tafsir Ibnu Katsir) menyatakan :
..
“Pada permulaan Islam, puasa dilakukan tiga hari pada setiap
bulan. Kemudian hal itu dinasakh (dihapus) dengan puasa satu bulan penuh, iaitu
pada bulan Ramadhan.. Diriwayatkan dari Mu’adz, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, ‘Atha’,
Qatadah dan Adh-Dhahhak bin Muzahim, bahawa puasa itu pertama kali dijalankan
seperti yang diwajibkan kepada umat-umat sebelumnya, iaitu tiga hari setiap
bulan. Ditambah oleh Adh-Dhahhak, bahawa perlaksanaan puasa seperti itu masih
tetap disyariatkan pada permulaan Islam sejak Nabi Nuh a.s sehinggalah Allah
menasakhnya dengan puasa Ramadhan.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir Tafsir ayat 183
Surah Al-Baqarah)
..
Penjelasan
..
Kita sedia maklum bahawa dalam setahun ada 12 bulan, maka kiraan
berpuasa di awal Islam sebelum disyariatkan puasa Ramadhan ialah :
12 bulan X 3 hari = 36 HARI PUASA.
..
Kemudian setelah turun ayat 183 Surah Al-Baqarah yang menfardhukan puasa di bulan Ramadhan. Lalu Rasulullah SAW menganjurkan kita berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
..
Maka apa relevannya Rasulullah SAW menganjurkan kita berpuasa
sunat 6 hari di bulan Syawal sepertimana hadis daripada Abu
Ayyub Al-Anshori, Nabi SAW bersabda :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ
أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti
dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun".
(HR Muslim No. 2758. 204-(1164), Abu Daud No. 2433, At-Tirmizi No. 759, Ibnu
Majah No. 1716)
..
Pada pandangan penulis, relevannya Nabi SAW menganjurkan
berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal adalah untuk mencukupkan puasa kita 36
hari sepertimana jumlah disyariatkan sebelum datangnya perintah puasa Ramadhan. (Harap maklum bahawa adakalanya puasa Ramadhan 30 hari, adakalanya 29 hari sahaja).
..
30 hari puasa Ramadhan + 6 hari puasa sunat Syawal = 36 HARI
PUASA
..
Justeru, bagi wanita yang tidak menyempurnakan puasa
Ramadhannya, jika menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat Syawal, maka
angka ini tidak akan tercapai. Sebagai contoh, dia perlu mengqadhakan 4
hari puasa ramadhan. Dia berpuasa di bulan Ramadhan hanya 26 hari, kemudian
mengqadha 4 hari pada bulan Syawal, dan menambah lagi 2 hari puasa di bulan
Syawal untuk mencukupkan bilangan 6 hari. Maka jumlah puasanya hanyalah 32
hari sahaja.
..
Untuk menguatkan lagi hujah ini, penulis membawakan satu lagi
hadis :
عَنْ أبي ذَرٍّ قال ,قال رسول الله
صلى الله عليه وسلم : (مَنْ صَامَ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَذَلِكَ
صِيَامُ الدَّهْرِ) فَأَنْزَلَ اللهُ عز وجل تَصْدِيقَ ذَلِكَ فِي كِتَابِهِ {مَنْ
جَاءَ بِالحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا} اليَومُ بِعَشْرَةِ أَيَامٍ.
..
Maksudnya : Daripada Abu Dzar r.a dia berkata,
Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga hari setiap bulan, maka
itulah puasa satu tahun. Lalu Allah menurunkan pembenarannya di dalam kitab-Nya
: {Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali lipat}
(Al-An’aam : 160). Satu hari senilai dengan sepuluh hari. (HR
At-Tirmizi No. 762. At-Tirmizi menyatakan hadis ini Hasan Shahih. Hadis ini
dinilai Shahih oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, lihat Shahih At-Targhib
Wa At-Tarhib Hadis No. 1035. Juga diriwayatkan oelh Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu
Majah dan Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya)
..
Jelas kepada kita dalam setahun ada 365 hari (Masehi)
atau sekitar 354 hari (Hijrah). Maka untuk mendapatkan pahala seolah-olah
berpuasa selama setahun seperti yang dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim di
atas, maka perlulah kita mencukupkan puasa selama 36 hari.
..
36 hari puasa X 10 ganjaran = 360 hari puasa = 1
tahun puasa
..
Maka bagi yang tidak mencukupkan puasanya sebanyak 36
hari, tidak tercapailah pahala puasa sebanyak 360 hari sepertimana yang
dinyatakan dalam Hadis Riwayat At-Tirmizi di atas.
..
Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada semua…
..
Wallahu a’lam…
..
Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad
Rumah Warden SMS Johor
31 Ogos 2012
1.10 a.m.
Subscribe to:
Posts (Atom)