Tuesday, July 10, 2012

Hadis Mahsyur di Bulan Ramadhan...


Berikut adalah hadis berkaitan kelebihan bulan Ramadhan yang mahsyur dalam kalangan umat Islam di Malaysia sejak dahulu lagi :
  1. Barangsiapa melakukan satu amalan sunat pada bulan Ramadhan, pahalanya seperti melakukan amalan fardhu. Barangsiapa melakukan amalan fardhu, pahalanya seperti dia melakukan 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan lain.
  2. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, baginya kebebasan daripada api neraka dan dia beroleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun.
  3. Ramadhan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan, akhirnya kebebasan dari api neraka


Berikut adalah sanad dan matan penuh hadis yang dinyatakan di atas :

ثنا علي بن حجر السعدي ثنا يوسف بن زياد ثنا همام بن يحيى عن علي بن زيد بن جدعان عن سعيد بن المسيب عن سلمان قال :  خطبنا رسول الله صلى الله عليه و سلم في آخر يوم من شعبان فقال : أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم شهر مبارك شهر فيه ليلة خير من ألف شهر جعل الله صيامه فريضة و قيام ليله تطوعا من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه و من أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه وهو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة و شهر المواساة و شهر يزداد فيه رزق المؤمن من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه و عتق رقبته من النار و كان له مثل أجره منغير أن ينتقص من أجره شيء قالوا ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم فقال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن و هو شهر أوله رحمة و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار من خفف عن مملوكه غفر الله له و أعتقه من النار و استكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بهما ربكم و خصلتين لا غنى بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله و تستغفرونه و أما اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة و تعوذون به من النار و من أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة 

قال الأعظمي : إسناده ضعيف علي بن زيد بن جدعان ضعيف
كتاب  : صحيح ابن خزيمة رقم 1887
تحقيق : دكتور محمد مصطفى الأعظمي
الناشر : المكتبة الإسلامية, بيروت 1970 - 1390


Maksudnya :
Dari Salman (Al-Farisi) r.a berkata, Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami pada akhir bulan Syaaban :
"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (Lailatul Qadr) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah SWT telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan fardhu pada bulan-bulan lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain."

"Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari api neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjarannya."

Para Sahabat r.an.hum lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." 


"Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pertengahnya merupakan keampunan dan akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja/khadam) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka."

"Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak kamu perlukan. Adapun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kamu memohon istigfar daripada-Nya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah SWt dan meminta perlindungan daripada api neraka."


Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat) dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga."
-------------------------------------------------------------------------------------

Hadis di atas dipetik dari kitab Shahih Ibnu Khuzaimah No. 1887, cetakan Maktabah Al-Islamiyyah, Beirut Tahun 1970M - 1390H. Kitab ini telah ditahqiq/diteliti oleh Dr. Muhammad Musthafa Al-A'zhami dengan komentar beliau bahawa Isnad hadis ini Dhaif, Ali bin Zaid seorang perawi yang dhaif.

Ibnu Khuzaimah menyatakan hadis ini shahih lalu menukilkan dalam kitab Shahihnya. Namun begitu, hasil kajian Ulama Hadis Kontemporari, hadis ini sebenarnya berstatus dhaif. Antara yang menyatakannya dhaif adalah Dr. Muhammad Musthafa Al-A'zhami pentahqiq kitab ini dan Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. Perselisihan ini adalah disebabkan perawi hadis yang bernama Ali bin Zaid. Sebahagian ulama hadis menyatakan beliau seorang yang dhaif, sebahagian menyatakan bahawa beliau seorang yang saduuq (benar).

Perselisihan ulama berkenaan status hadis ini diakui sendiri oleh Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria Al-Khandalawi dalam kitabnya Fadhail Amal, Bab Fadhilat Ramadhan yang banyak berada di masjid-masjid. (perhatikan muka surat 1 Bab Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadhan). Walaubagaimanapun, beliau menyatakan bolehnya diterima hadis ini dengan dua alasan :
  1. Hadis ini merupakan hadis fadhail
  2. Kebanyakan isi hadis ini disokong dengan riwayat-riwayat yang lain
(lihat m/s 3 : Bab Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadhan) 

Justeru, ustaz bersetuju dengan pandangan Maulana Zakaria bahawa walaupun hadis ini diperselisihi oleh ulama, tetapi masih boleh beramal sebagai galakan atau motivasi kepada kita. Kita beramal dengan hadis ini dengan harapan di sana mungkin ada jalan-jalan periwayatan yang lain shahih. Tambahan pula Ibnu Khuzaimah menshahihkan hadis ini. Mungkin kita boleh menerima pandangan Ibnu Khuzaimah yang menyatakan hadis ini shahih, bahkan beliau terkenal sebagai seorang ulama hadis yang hebat pada zamannya.



Rujukan :
  1. Muhammad bin Ishaaq bin Khuzaimah, Shahih Ibnu Khuzaimah, Tahqiq Dr. Muhammad Musthafa Al-A'zhami.Al-Maktabah Al-Islamiyyah Tahun 1970M - 1390H. 
  2. Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Silsilah Al-Dhaifah. Maktabah Al-Ma'rifah, Riyadh.
  3. Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariya Al-Khandalawi, Kitab Fadhail 'Amal, Penerbit Era Ilmu Sdn. Bhd Tahun 2011.

Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad
9.20 malam
10 Julai 2012
Rumah Warden Aspura,
Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.

Sunday, July 8, 2012

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan Inai

Berikut hukum mengenai inai yang telah ditakhrij (disemak dan diteliti sumber hadithnya) oleh ustaz untuk tatapan pelajar SMSJ khususnya, dan masyarakat umum amnya. Setiap Hadith telah ustaz kenalpasti nombornya dari kitab rujukan asal beserta nombornya dan ustaz nyatakan rujukan di bawahnya. Semoga beroleh manfaat.


Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

 
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [Shahih Muslim, Kitab Pakaian dan Perhiasan, Bab Keharaman Perbuatan Wanita Penyambung Rambut dan Wanita yang Meminta Disambung Rambut, Wanita Pembuat Tatu dan Wanita Pencabut Bulu Kening, dan Wanita yang Minta Dicabut Bulu Kening, dan Wanita yang Merenggangkan Giginya, dan Wanita yang Mengubah Ciptaan Allah,  No.2125. Shahih Al-Bukhari Kitab Pakaian, Bab Bertatu No.5948]
 
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita sama ada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar, sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masyarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

NEXT ----->>
Peringatan Untuk Semua Muslimah.


Rujukan :
  1. Al-Bukhari, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail, Shahih Al-Bukhari, Tahqiq Muhammad Fuad bin Abdul Baqi
  2. Muslim, Abu Husayn Muslim bin Al-Hajjaj, Shahih Muslim, Tahqiq Muhammad Fuad bin Abdul Baqi

Sahih Isnad,Rijal Sahih & Ruwatuhu Thiqaat(صحيح الإسناد, رجــــال الصحيح,رواتــه ثقــات)

 
Entry berikut ustaz ambil dari blog Sammaituhu Adam sebagai bacaan untuk diri ustaz sendiri agar lebih memahami akan ilmu hadith... adapun para pelajar ustaz yang tidak berapa faham, bolehlah bertanya secara langsung kepada ustaz... InsyaAllah, semoga Allah memberikan kepada kita kefahaman di dalam agama...

................................................................................................................................................................
 
Assalamualaikum WBT,
Mungkin kita biasa jumpa kalau kita baca hadith dekat mana2 buku ke..atau kita dengar Masyaikh kita lepas baca hadith dia akan sebut perkataan-perkataan kat atas macam tu. Mungkin ada yang sudah tau,mungkin ada yang baru tahu,mungkin ada tidak tahu dan tengan mencari. Jadi saya nak kongsikan siket apa makna2 istilah2 (صحيح الإسناد, رجــــال الصحيح,رواتــه ثقــات). Kita terus pada tajuk :
Sahihul Isnad
Selain perkataan (صحيح الإسناد) kita jugak kadang-kadang jumpa perkataan Isnaduhu Sahih (إسنـــاده صحيــح) / Bi isnaadin Sahih (بإسنــد صحيح) . Ok,jadi apa dia Sahihul Isnad ni (صحيح الإسناد) ?
Perkataan-perkataan kat atas ni sebenarnya nak tunjuk rawi-rawi yang ada pada sanad dalam sesuatu hadith adalah dipercayai dan diyakini. Tapi kita kene ingat,bila disebut (صحيح الإسناد) tak semestinya 'sahih' juga matan hadith tu. Ok,baik. Saya datangkan satu contoh :
HADITH PERTAMA :
ثنا مسدّد,ثنا أبو عوانــة, عن داود بن عبدالله عن حميد بن حميري, قـال لقيت رجلا صحب النبي أربع سنيـن كما 
صحبه ابو هريرة قــال : نهى رســـوال الله (ص) ان تغتسل المرأة بفضل الرجل او يغتسل الرجل بفضل المرأة وليغترفا جميعا
Bermaksdu : " Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah, daripada Daud bin 'Abdillah, dari humaid bin Himyari, dia berkata : Aku pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang bersahabat dengan Nabi SAW selama empat tahun, seperti Abu Hurairah pernah bersahabat dengannya. Dia berkata : Rasulullah SAW melarang wanita dari mandi air lebihan lelaki,atau lelaki mandi air lebihan wanita. tapi hendaklah keduanya mencedok air bersama-sama
-Riwayat Abu Daud & Nasai-
Kalau kita rujuk dalam kitab "bulughul maram" kita akan jumpa gak hadith ni. Hadith no.6.  Imam ibnu Hajar ada sekalikan dekat bawah hadith tu dengan cakap (أخرجه أبو داود و النســائى، وإسناده صحيح
Kalau kita kaji,kita akan dapati betul sanadnya tak ada yang terputus atau rawi yang lemah. Tapi dekat sana ada satu periwayatan yang lebih sah dari riwayat yang kat atas ni. Diriwayatkan daripada Muslim :
HADITH KEDUA
عن ابن عباس ان النبي (ص) كان يغتسل بفضل ميمونة
Bermaksud : "Daripada Ibnu 'Abbas bahawa Nabi SAW pernah mandi lebihan air Maimunah"
-Riwayat Muslim- 
KETERANGAN :
Hadith yang pertama datang dengan riwayat yang melarang kita dari mandi air lebihan. Tapi hadith yang kedua pulak datang dengan Nabi sendiri buat. Adakah hadith berlaku ta'arudh? Tak, selamanya Al-quran & Hadith tidak akan berlaku ta'arudh.
Kalau kita katakan Larangan Nabi SAW pada hadith pertama tadi, kita nak kata dia makruh,maka Nabi SAW tak akan buat perkara yang makruh. Kalau kita nak kata dia sebagai khusus untuk Nabi SAW,jadi kita perlu ada dalil yang jelas untuk kuatkan dia sebagai khusus kepada Nabi SAW. Jadi macam mana nak buat?
*** Perbezaannya ialah : 
--->Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Sanadnya sahaja SAH,matannya tidak SAH kerana datangnya Hadith yang lebih SAH.
--->Hadisus Sohih (حديــث الصحيح) = Sanad dan matannya sekali SAH.
Jadi kesimpulannya (صحيح الإسناد) darjatnya di bawah  dari yang disebut (حديــث الصحيح)
Rijal sahih

Satu riwayat atau sanad hadith yang mana terdiri dari rawi-rawi bagi Bukhari. Perawi-perawi dari Imam Bukhari adalah di sepakati oleh ulama bahawa mereka adalah perawi yang Thiqah (dipercayai). Sebab Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam melihat perawi dan menentukan hadith. Tapi bila sebut Rijalus Sahih (رجــــال الصحيح) tak semestinya membawa makna matnnya jugak sahih. Saya bawakan contoh :
حدثنا محمد بن موسى البصري حدثنا زياد بن عبدالله  حدثنا عطاء بن السائب عن أبي عبد الرحمن عن ابن مسعود قـــال : قــال رسول الله (ص) طعام أول يوم حق، وطعام يوم الثاني سنة وطعام يوم الثالث سمعة ومن سمّع سمّع الله به
Bermaksud : " Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Musa al-Basri, telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Abdillah, telah menceritakan kepada kami 'Atha' bin Saib, daripada Abi 'Abdirrahman, dari Ibnu Mas'ud dia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : "Makanan (walimah) pada hari pertama wajib, dan makanan pada hari kedua sunnah, dan makanan pada hari ketiga adalah sum'ah. Siapa yang mahu didengar-dengarkan makaAllah akan menunjukkan aibnya"
-Riwayat Tirmidzi-

Pening kan tengok rawi-rawi macam ni bersusun-susun. Ok,kita ringkaskan dia.
1)Tirmidzi
2)Muhammad bin Musa
3)Ziyad bin 'Abdillah
4)'Atha' bin Saib
5)Abi 'Abdirrahman
6)Ibnu Mas'ud
7)Habibuna Rasulullah SAW
Penjelasan :
Perawi dari no 2-no 6 semuanya boleh kita dapat dalam perawi Imam Bukhari.  Dan Imam ibnu Hajar kata "Rijaaluhu Rjialus sahih"-Sila rujuk kitab " Bulughul Maram"
Tapi kalau kita tengok kitab Subulas Salam,syarah bagi Bulughul Maram ni..ada jelaskan  Ziyad dengar dari 'Ata' bin Said masa dia sudah berubah hafalannya sebab lanjut usia. Tapi Riwayat dalam Imam Bukhari yang ada 'Atha' bin Saib adalah periwayatan semasa 'Atha' bin Saib masih kuat ingatan dan hafalan dia tak berubah. Maka sebab tu, hadith yang mana disebutkan (رجــــال الصحيح) tidak disebutkan sebagai hadith sahih (حديــث الصحيح) walaupun rijal yang ada dalam periwayatan tu sahih dan sama dalam perawi di dalam Bukhari . 
Ruwatuhu Thiqaat

Ok baik. Kita dah jelas berkaitan dengan Sahih isnad/Rijal sahih. Sekarang kita nak masuk pulak pada : 
*Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت). Ruwatuhu Thiqaat ni ada nama lain jugak. Antaranya :
a)Macam Rijaaluhu Thiqaat(رجـــأله الثقات)
b)Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) 
Tapi Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) & Rijaaluhu Thiqaat(رجـــأله الثقات) adalah sama dari segi kekuatan. Tapi berbeza dengan Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون) .

Rijaluhu Muwathiquun (رجــاله موثقون)  ni, dia menunjukkan rawi-rawi yang tak berapa jelas dalam kedudukannya sebagai perawi yang thiqah. (ثقة). Dan ia diperselisihkan oleh ulama. Tak kirelah samada dari sebab 
1) beberapa keterangan yang menyatakan dia sebagai thiqah (ثقة)
2) beberapa jalan (طرق) yang menjadikan dia sebagai perawi yang thiqah.
Dan semuanya hampir sama macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) kedudukannya,
Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) = Melihat pada perawi
Sahihul Isnad (صحيح الإسناد) = Tengok pada perawi & jalan menyandarkan perawi.

Macam Sahihul Isnad (صحيح الإسناد), bila kata Ruwatuhu thiqaat(رواته الثقـــأت) tak semestinya matan dia juga sah dan diterima.

Wallahu a'lam 

Sunday, July 1, 2012

ADAKAH ANDA TELAH BERZINA TANPA DISEDARI?

Berikut adalah Nur Jumaat Bil. 6/2012 yang ditulis oleh ustaz, diedarkan pada 29/6/2012 untuk bacaan para pelajar SMSJ sekalian.. Disebabkan keterbatasan ruang kertas dan masa merujuk kitab, ini sahaja yang dapat ustaz tuliskan... diharapkan memberi manfaat dan dikongsi bersama...

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W. bersabda :

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
     Maksudnya : “Telah ditetapkan atas anak Adam bahagiannya dari zina, ia pasti melakukannya, tidak boleh tidak. Dua mata, zinanya adalah memandang, dua telinga, zinanya adalah mendengar, lisan, zinanya adalah berbicara, tangan, zinanya adalah memegang, dan kaki, zinanya adalah melangkah, sedangkan hati berkeinginan dan bercita-cita, dan (semua ini) dibenarkan oleh kemaluan atau didustakkannya.” (Diriwayatkan oleh Muslim dan kitabnya Shahih Muslim, Bab Takdir. Nombor Hadith 2657. Status Hadith : Shahih) 

      Ulasan maksud Hadith :  
  1. Sebahagian manusia melakukan zina secara hakikat, yakni memasukkan zakar ke ke dalam faraj yang haram baginya. Sebahagian manusia melakukan zina secara majaz (perumpamaan, bukan hakikat). Yakni melakukan perkara-perkara yang boleh mendorongnya melakukan zina. 
  2. Zina mata adalah memandang kepada aurat wanita bukan mahram dengan pandangan yang bernafsu syahwat. Menonton video-video lucah juga adalah termasuk zina mata kerana boleh mendorong seseorang itu melakukan zina hakikat. 
  3. Zina telinga adalah dengan mendengar perkara-perkara yang boleh membawanya kepada zina. Juga mendengar cerita-cerita penzinaan orang tertentu, yang mendatangkan syahwat kepada pendengar, atau mendengar ajakan-ajakan wanita-wanita ke arah penzinaan. 
  4. Zina lisan adalah dengan berkata perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Bercakap-cakap dengan wanita yang bukan mahramnya atau isterinya secara bermanja-manjaan atau bersunyi-sunyian adalah bahagian dari zina lisan. 
  5. Zina tangan adalah memegang bahagian tubuh wanita yang bukan mahramnya atau isterinya. Sama ada memengang kulit atau berlapik, tetapi tujuan memegang adalah kerana nafsu, maka ia termasuk katagori ini. 
  6. Zina kaki ialah melangkah menuju ke tempat zina hakikat, atau menuju ke tempat zina majaz (melihat, mendengar, berbicara dll). Menuju ke tempat untuk berdua-duaan (berkhalwat/dating) dengan wanita juga adalah bahagian dari zina ini. 
  7. Zina hati ialah berkeinginan atau bercita-cita melakukan zina dengan seseorang. Atau hatinya berkhayal berzina dengan seseorang wanita yang bukan isterinya.
“ANDA BIJAK JAUHI ZINA”
والله أعلمُ بالصواب
Rujukan : 
1. Abu Zakariya Yahya bin Syarf An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim Bi Syarhi An-Nawawi.

Thursday, June 21, 2012

JIKA SESEORANG ITU TIDAK DISUKAI OLEH KAUMNYA, ADAKAH DIA BOLEH MENJADI IMAM KEPADA MEREKA?

Ada beberapa orang pelajar bertanya ustaz mengenai imam yang tidak disukai mereka, berikut jawapan lengkap ustaz hasil rujukan dari beberapa kitab. artikel ini juga dikeluarkan dalam Nur Jumaat siri 5/2012 bertarikh 22 Jun 2012.




عن أَبِي أُمَامَةَ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُجَاوِزُ صَلَاتُهُمْ آذَانَهُمْ الْعَبْدُ الْآبِقُ حَتَّى يَرْجِعَ وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ وَإِمَامُ قَوْمٍ وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ
Maksudnya : Dari Abu Umamah beliau berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Tiga orang yang solatnya tidak akan melampaui telinga mereka; seorang hamba yang lari (dari tuannya) hingga ia kembali, seorang isteri yang bermalam sementara suaminya dalam keadaan marah, dan seorang imam bagi suatu kaum sedangkan mereka tidak suka."
  
(Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Kitab Jami’ At-Tirmizi, Bab Solat, Menjadi Imam Kepada Sesuatu Kaum, Tetapi Mereka Tidak Menyukai Imam Tersebut, No. 360. Imam At-Tirmizi berkata; "Dari jalur ini, hadith ini darjatnya hasan gharib)
Hadis ini dinilai “Hasan” (boleh dijadikan hujjah) oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dan ulama hadith yang lain. 
Maksud “solatnya tidak akan melampaui telinga mereka” : tidak diangkat atau tidak diterima solat mereka”
Komentar Ahli Ilmu mengenai “Seorang Imam Bagi Suatu Kaum Sedangkan Mereka Tidak Suka” :
  1. Dari Hilal bin Yasaf : “Hanyasanya yang dimaksud dalam hal ini adalah imam yang zalim, adapun para imam yang menegakkan sunnah maka dosanya adalah bagi orang membencinya".  (At-Tirmizi No.359 dengan Isnad yang shahih).
  2. Sebahagian ahli ilmu memakruhkan seseorang mengimami suatu kaum sementara mereka tidak suka, namun jika imam tersebut bukan seorang yang zalim maka dosanya kembali kepada orang yang tidak suka kepadanya.
  3. Imam Ahmad dan Ishaq berpendapat, bahawa apabila orang yang tidak suka itu hanya satu, dua atau tiga saja, maka tidak apa-apa mengimami mereka kecuali yang tidak suka adalah orang banyak.
  4. Imam As-Syafie dalam kitabnya Al-Umm berpendapat; Adalah makruh seseorang yang mengimami solat padahal makmum tidak menyukainya. Manakala solat makmum adalah memadai (sah, tidak perlu mengulangi solat).Sekiranya yang menyukai imam ramai, manakala sedikit sahaja yang tidak menyukainya, maka tidaklah makruh.
Ulasan Penulis:
Jika seseorang itu terkenal dengan sifat soleh, alim dan warak, lalu sebahagian orang tidak menyukainya kerena penyakit yang ada di dalam hati mereka, maka yang perlu diperbaiki di sini adalah orang yang berpenyakit hati itu tadi. Kerana selama mana mereka membenci orang yang soleh itu menjadi imam, yang berdosa adalah mereka yang membenci, bukan imam tersebut. Ini adalah pandangan Ahli Ilmu.
Adalah tidak wajar sekiranya seseorang itu dibenci kerana kebaikannya, lalu orang ramai tidak mahu mengangkatnya menjadi Imam. Sedangkan orang yang membenci itu bukanlah dikalangan orang yang soleh, bahkan mereka adalah golongan yang fasiq. Sebagai Muslim yang hidup bermasyarakat, seharusnya orang yang soleh ini didampingi, dihormati dan dikasihi. Dengan sebab kita mendampingi orang yang soleh, maka kebaikan mereka akan terkena kepada kita, InsyaAllah…
والله أعلمُ بالصواب

Rujukan :
  1. Al-Imam Al-Hafiz Abi 'Isa Muhammad bin 'Isa At-Tirmizi, Jami' At-Tirmizi. Cetakan Dar As-Salam, Riyadh 2009.
  2. Al-Imam Al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah. Cetakan Dar As-Salam, Riyadh 2009.
  3. Al-Imam Asy-Syafi'i, Terjemahan Al-Umm. Penerbit Victory Agencie, Kuala Lumpur 2000. 

Wednesday, May 23, 2012

Persoalan Puasa Di Bulan Rejab


Bulan Rejab telah tiba, maka berduyun-duyun pelajar SMSJ berpuasa sunat sempena bulan Rejab. Ada juga pelajar bertanya kepada ustaz berkaitan kelebihan puasa di bulan Rejab ni. Maka oleh sebab itu, sukalah ustaz menjelaskan perkara ini dalam blog yang lama terbengkalai ni..

Tidak ada sebarang larangan sama ada di dalam Al-Quran, Hadis mahupun ulamak-ulamak dulu dan sekarang, berpuasa pada bulan Rejab. Kerana sunnah Nabi SAW berpuasa setiap Isnin dan Khamis dan tiga hari setiap bulan tanpa ada pengecualian pada bulan-bulan tertentu (kecuali jika Isnin & Khamis jatuh pada hari yang diharamkan atau hari syak).

Persoalanya ialah, adakah hadis-hadis yang menjelaskan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab ini dengan jumlah hari tertentu benar datangnya dari Rasulullah SAW? ikuti penjelasan berikut...

Tidak dinafikan bahawa Rejab termasuk bulan yang diharamkan berperang di dalamnya, perkara ini dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran :

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Allah menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram..." (At-Taubah : 36)

Dalam ayat ini, Allah hanya menyebutkan "diantaranya empat bulan haram".. adapun bulan-bulan itu dijelaskan oleh nabi di dalam hadisnya :

Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam kitabnya "Tafsir Al-Quran Al-Azim" atau lebih dikenali "Tafsir Ibnu Kathir" membawakan satu hadis yang menjelaskan bulan-bulan yang dimaksudkan oleh Allah dalam surah at-Taubah di atas :

"Tiga berturutan; Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab Mudharr yang berada di antara Jumadi dan Syaaban."

Adapun hadis-hadis yang menceritakan kelebihan-kelebihan beramal ibadah di bulan Rejab, seperti berpuasa, bersedekah, qiamullail dan sebagainya, perlu kepada penelitian.

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, seorang ulama terkemuka dalam bidang hadis (ustaz pernah sebutkan dalam kuliah ustaz di surau) menulis sebuah kitab berjudul  "Tabyin al-'Ajaib bima warada fi fadl Rajab"  (تبيين العجب بما ورد فى فضل رجب)(Menyatakan Keajaiban terhadap riwayat yang menyebut tentang Kelebihan Bulan Rejab), menyatakan tidak ada satu pun hadis shahih yang menyatakan kelebihan serta fadhilat berpuasa di bulan Rejab.

Tanda kedhaifan hadis kelebihan Rejab ini begitu ketara sekali iaitu, janji pahala yang terlalu besar, tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan. Perlu diingat, antara ciri sesebuah hadis itu dhaif ialah janji pahala yang tidak sepadan dengan amalan. Seperti juga kelebihan solat sunat Tarawih yang sering berlegar dalam masyarakat kita (Ustaz akan ceritakan permasalahan ini pada masa akan datang). Bahkan lebih teruk lagi, terdapat juga hadis-hadis yang bertaraf maudhuk (palsu) yang dijadikan sandaran untuk menyatakan kelebihan-kelebihan amalan ini.

Ingatlah, barangsiapa yang sengaja mengada-adakan, mereka-reka atau menyebar perkara-perkara yang tidak dinyatakan oleh Rasulullah SAW, maka sesungguhnya dia telah melakukan pendustaan dan jenayah terhadap Rasulullah SAW. Sekalipun perkara yang direka itu adalah bertujuan baik untuk memberi galakan dan motivasi untuk beramal ibadah. Rasulullah memberikan amaran terhadap orang yang berdusta atas namanya dengan ancaman yang berat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis Mutawatir.

Kesimpulannya,  hukum dan kelebihan berpuasa sunat pada bulan ini sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain, sama ada puasa pada hari Isnin dan Khamis atau puasa tiga hari setiap bulan. Adapun kelebihan-kelebihan dan ganjaran itu, maka tidak boleh dijadikan hujjah dan sandaran.

Justeru semua kita perlu berhati hati dalam soal menyebarkan sesuatu hadis. Pastikan hadis yang hendak disampaikan itu bertaraf Shahih atau Hasan. Hadis Dhaif boleh diamalkan dengan syarat bukan bertaraf "Dhaif Jiddan" (Tersangat Dhaif). Adapun hadis Maudhuk, maka hendaklah dijauhi sama sekali.

Wallahu a'lam.

Zainul Ariff Husaini Zainul Fuad
Asrama Sek. Men. Sains Johor.
24/5/2012, 12.10 a.m.

Saturday, March 3, 2012

Perbezaan Antara Istilah Hadis Shahih, Shahihul Isnad dan Rijaluhu Thiqaat

Suka untuk ustaz masukkan sedikit info ini sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar yang ingin lebih memahami beberapa istilah dalam ilmu hadis.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadits shahih adalah hadits yang memenuhi semua persyaratan shahih, yaitu : bersambung sanad (jalur transmisi)-nya melalui periwayatan seorang periwayat yang ‘adil, dhaabith, dari periwayat semisalnya hingga ke akhirnya (akhir jalur transmisi); tanpa adanya syudzuudz (kejanggalan) dan juga tanpa ‘illat (penyakit). Ini adalah istilah paling tinggi dalam pernyataan validity (kesahan/keshahihan) hadits.

Hadits shahihul-isnad adalah hadits yang memenuhi semua persyaratan dari sisi jalur sanadnya, namun belum ada penelitian lebih lanjut dari segi ketiadaan syudzuudz dan ‘illat. Boleh jadi ia merupakan hadits shahih jika selamat dari syudzuudz dan ‘illat, namun boleh jadi pula sebaliknya (jika tidak selamat). Misalnya hadits tentang solat sunnah rawatib dua raka’at sebelum shalat ‘Asar (yaitu hadits ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ‘anhu).
حدثنا حفص بن عمر ثنا شعبة عن أبي إسحاق عن عاصم بن ضمرة عن علي عليه السلام أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصلي قبل العصر ركعتين
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ’Umar, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Abi Ishaq, dari ’Ashim bin Dlamrah, dari ’Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ’anhu : ”Bahwasannya Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam solat (sunnah) sebelum ’asar sebanyak dua raka’at” [Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 1272].

Hadits tersebut adalah sebenarnya adalah hasan. Akan tetapi terdapat syudzudz yang menurunkan darjatnya menjadi dha’if. Adapun yang mahfudh dari ’Ali adalah bahawasannya Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam solat sunnah sebelum ’Asar sebanyak empat raka’at.

Punca pembahasan di sini terletak pada Syu’bah. Syu’bah pada hadits di atas adalah seorang perawi yang hasan haditsnya. Namun di sini ia telah menyelisihi jama’ah imam yang meriwayatkan dari jalan Abu Ishaq dengan lafaz bahawa Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam solat empat raka’at sebelum ’asar.

Para imam yang menyelisihi Syu’bah antara lain adalah : Sufyan Ats-Tsauri, Israil bin Yunus bin Abi Ishaq (cucu dari Abu Ishaq), dan Yunus bin Abi Ishaq (anak dari Abu Ishaq). Mereka semua meriwayatkan dari Abu Ishaq (As-Sabi’y) dari ’Ashim bin Dlamrah, dari ’Ali radliyallaahu ’anhu (dengan menyatakan bahawa solat sunnah sebelum ’Asar adalah empat raka’at). Yang menarik lagi adalah bahwa Al-Imam At-Tirmidzi (no. 598 dan 599), An-Nasa’i (2/120 no. 874), dan Ahmad (1/160) meriwayatkan dari jalan Syu’bah (sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 1272 di atas) dari Abu Ishaq, dari ’Ashim bin Dlamrah, dari ’Ali dengan lafaz empat raka’at. Nah, di sinilah letak kesalahan riwayat yang dibawakan oleh Syu’bah.

Adapun hadits rijaluhuts-tsiqaat [1] adalah hadits yang hanya memenuhi syarat ke-’adil-an dan ke-dhabith-an dari perawinya saja. Boleh jadi perawi satu dengan perawi setelahnya tidak mendengar (haditsnya) sehingga menjadikan hadits yang dibawakan berstatus munqathi’. Ini adalah status terendah dari tiga istilah yang disebutkan di atas. Contohnya adalah hadits :
إن وليتموها أبا بكر فقوي أمين
Maksudnya : "Apabila engkau menyerahkannya (kekhilafahan) kepada Abu Bakr, maka ia adalah seorang yang kuat lagi terpercaya”[2]

Hadits tersebut diriwayatkan melalui rantai periwayatan Abdurrazzaq dari Sufyan Ats-Tsauri dari Abu Ishaq dari Zaid bin Yutsai’ dari Hudzaifah secara marfu’. Rijalnya tsiqah, namun di sini Sufyan Ats-Tsauri tidak mendengar hadits dari Abu Ishaq. Jadilah ia hadits munqathi’ yang dla’if (lemah).

Semoga ada manfaatnya.
Ditulis di sela-sela jam kerja kantor oleh Abul-Jauzaa’ pada hari Selasa, 9-12-2008, 11:22 WIB
======
Catatan kaki :
[1] Istilah ini banyak dipakai oleh Nuruddin ‘Ali bin Abi Bakr Al-Haitsamiy dalam Majma’uz-Zawaaid.
[2] Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Ma’rifati ‘Uluumil-Hadits hal. 36. Diriwayatkan pula oleh Ahmad, Al-Bazzaar, dan Ath-Thabaraniy dalam Al-Ausath secara makna.

Sumber : http://abul-jauzaa.blogspot.com/2008/12/apa-perbedaan-antara-istilah-hadits.html